Tarikh : 20 Jun 2023
Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang Resume Writing melalui kelas secara atas talian. Selain itu, peserta juga diterangkan cara menghasilkan Resume yang ringkas, padat dan bagus. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menyunting dan menyiapkan resume dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuat resume secara atas talian di aplikasi Zoom. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan contoh-contoh resume yang terbaik. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume dengan ilmu yang dipelajarinya dengan senang dan cepat

GAMBAR DI SINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang E-Tuisyen yang diadakan di PEDi Kg Lay Out. Membantu para peserta membuka link pembelajaran yang diberikan oleh guru. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara menaip nama, membuka kamera dan membuka suara di aplikasi Zoom.

   
Aktiviti 

Para peserta diberi pengenalan tentang aplikasi Zoom yang akan digunakan untuk sesi E-Tuisyen. Mereka diajar cara-cara menggunakan aplikasi Zoom seperti menaip nama, membuka kamera dan menaip di ruangan chat. Peserta dibimbing oleh petugas sehingga selesai sesi E-Tuisyen. Di akhir sesi E-Tuisyen, para peserta kelihatan seronok belajar dengan menggunakan teknologi yang canggih dan sekaligus dapat mengisi masa terluang dengan bermanfaat.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 15 Jun 2023
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memperkenalkan kepada peserta tentang kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer pada peringkat awal usia. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mengisi masa lapang dengan mengulangkaji pelajaran menggunakan aplikasi Quizizz pada hujung minggu. Dengan adanya aplikasi ini , ia akan membantu peserta mengulangkaji pelajaran secara seronok dan efektif.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas menggunakan tetikus dan menaip untuk mencari subjek yang hendak diulangkaji di aplikasi Quizizz. Melalui cara ini, peserta tampak lebih bersemangat dan seronok belajar melalui Quizizz. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang subjek persekolahan dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka.

 

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 16 Jun 2023
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang pengisian UpuOnline di atas talian menggunakan Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan Internet sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tetikus. Menerusi kelas ini, peserta dapat mengisi upu dengan mudah.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman pengisian UpuOnline yang terkini di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mendaftar sebelum memulakan pengisian tersebut. Dengan cara ini, ia akan memudahkan urusan peserta untuk mengisi data dengan cepat dan mudah

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 13 Jun 2023
Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para usahawan tentang Pengurusan Kewangan IKS. Membantu usahawan dalam menguruskan kewangan dengan lebih bijak melalui platform Kelas Usahawan "Pengurusan Kewangan IKS". 

   
Aktiviti 

Usahawan-usahawan diberi pautan "Google Meet" untuk menyertai Kelas Usahawan iaitu Pengurusan Kewangan IKS. Para usahawan juga didedahkan dengan pelbagai topik seperti Apa Itu Pengurusan Kewangan Perniagaan, Apa Komponen dalam Pengurusan Kewangan, Jenis-jenis Kewangan dan sebagainya. Selepas selesai kelas, para usahawan kelihatan faham dan ingin mempratikkan perkara yang dipelajari oleh mereka di dalam bisnes masing masing.

GAMBAR DI SINI