Tarikh | : 06 Jun 2023 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Kg Layout |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Memberi pengenalan kepada peserta tentang apakah itu maksud Klik Dengan Bijak (KDB). Menambahkan pengetahuan peserta tentang KDB dan penglibatan KDB dalam memberi kesedaran di dalam sosial media seperti FB, Tiktok dan sebagainya. Selain itu, para peserta dibimbing untuk menjawab soalan kuiz selepas selesai kelas. |
|
Aktiviti | |
Memberi penerangan yang jelas apakah itu KDB dan memastikan peserta terdedah dengan penglibatan KDB di dalam sosial media dalam memberi kesedaran tentang "scammer" dan sebagainya. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang KDB. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz KDB secara atas talian. |
Tarikh | : 04 Jun 2023 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Kg Layout |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan | |
Memperkenalkan kepada peserta tentang kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer pada peringkat awal usia. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mengisi masa lapang dengan mengulangkaji pelajaran menggunakan Youtube pada hujung minggu. Dengan adanya aplikasi ini , ia akan membantu peserta mengulangkaji pelajaran secara seronok dan efektif. |
|
Aktiviti | |
Peserta diberi penerangan tentang asas menggunakan tetikus dan menaip untuk mencari subjek yang hendak diulangkaji di aplikasi Youtube. Melalui cara ini, peserta tampak lebih bersemangat dan seronok belajar melalui Youtube. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang subjek persekolahan dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka. |
Tarikh | : 18 Mei 2023 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Kg Layout |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan menyunting resume menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menyunting dan menyiapkan resume dengan mudah dan cepat |
|
Aktiviti | |
Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan resume beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat |
Tarikh | : 20 Mei 2023 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Kg Layout |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Memberi pengenalan kepada peserta tentang perbankan atas talian myBSN. Selain itu, peserta juga dibantu untuk mendaftar secara atas talian perbankan myBSN dengan mengisi maklumat kad bank dan sebagainya. Dengan adanya aplikasi myBSN, peserta lebih mudah untuk mengakses perbankan atas talian walau di mana sahaja |
|
Aktiviti | |
Peserta dibantu untuk membuka laman web www.myBSN.com di Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mengisi semua maklumat berkaitan kad bank, maklumat diri dan sebagainya. Di akhir kelas, peserta berjaya mendaftar akaun myBSN untuk kegunaan bisnes dan sebagainya |
Tarikh | : 17 Mei 2023 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Kg Layout |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Membantu peserta untuk membuka laman web spa.gov.my untuk tujuan mengemaskini maklumat setiap tahun. Selain itu, peserta juga didedahkan denga fungsi dan cara mengemaskini maklumat menggunakan laman web tersebut . Dengan adanya kemudahan dan teknologi yang sedia ada di PEDi, peserta boleh mengakses dan mengemaskini maklumat dengan mudah dan cepat |
|
Aktiviti | |
Peserta dibantu untuk membuka mana web spa.gov.my untuk mengemaskini maklumat setiap tahun. Selain itu, peserta juga dipantau untuk mengemaskini maklumat diri, ibu-bapa/penjaga dan memilih bidang pekerjaan dengan betul. Di akhir kelas, peserta dapat mengemaskini maklumat di sistem SPA dengan mudah dan cepat dengan kelajuan Internet yang tinggi |