Tarikh : 12 September 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang kelebihan membuka akaun Gmail seperti dapat memudahkan urusan kerja, penyimpanan dokumen, gambar dan sebagainya. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan fungsi-fungsi menggunakan akaun Gmail dengan betul. 

   
Aktiviti 

Peserta diajar membuka laman web Gmail di Google. Peserta juga dibimbing untuk mengisi maklumat seperti nama, username dan password sebelum membuat pendaftaran. Selepas selesai berdaftar, peserta didedahkan dengan cara penggunaan dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Gmail untuk memudahkan urusan. Peserta juga diajar untuk membuka Gmail di telefon bagi memudahkan urusan pada masa hadapan. 

 

 GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang subjek persekolahan Matemarik secara atas talian menggunakan laman web factmonster. Menambahkan pengetahuan peserta tentang pemahaman Matematik dengan menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua pembelajaran dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk mencari laman web factmonster di carian google. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang konsep Matematik. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab pembelajaran tersebut dengan menggunakan laman web factmonster. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

 

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 07 September 2024
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang perbankan atas talian myBSN. Selain itu, peserta juga dibantu untuk mendaftar secara atas talian perbankan myBSN dengan mengisi maklumat kad bank dan sebagainya. Dengan adanya aplikasi myBSN, peserta lebih mudah untuk mengakses perbankan atas talian walau di mana sahaja. 

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk membuka laman web www.myBSN.com.my di Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mengisi semua maklumat berkaitan kad bank, maklumat diri dan sebagainyaDi akhir kelas, peserta berjaya mendaftar akaun myBSN untuk kegunaan harian, bisnes dan sebagainya.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 08 September 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip dan pengetahuan menggunakan Microsoft Excell. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat memudahkan urusan peserta untuk menyiapkan kerja/tugasan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Excell. Melalui pengenalan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka.

 

GAMBAR DISINI

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz kata kerja secara atas talian menggunakan laman web Wordwall. Menambahkan pengetahuan peserta tentang pemahaman kata kerja dengan menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua soalan kata kerja dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk membuka aplikasi Google sebelum memulakan kuiz kata kerja. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara mencari maklumat. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan laman web Wordwall. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

GAMBAR DISINI