Tarikh : 10 Mei 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai teknik menyunting gambar dengan templat templat menarik. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menambahkan ilmu dalam bidang menyunting dengan mudah dan cepat.

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan tugasan mereka. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan poster yang diedit dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat sekaligus dapat menambahkan ilmu baharu.

GAMBAR DI SINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz Bahasa Melayu secara atas talian menggunakan aplikasi Wordwall. Menambahkan pengetahuan peserta tentang pemahaman Bahasa Melayu dengan menngunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua kuiz dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk mendaftar dan memasukkan kod sebelum memulakan kuiz. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang pemahaman Bahasa Melayu. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan aplikasi Wordwall. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 20 April 2023
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang platform e-dagang terkini iaitu Tiktokshop dan cara menggunakan keywords yang penting. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian menggunakan Tiktokshop. Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara mempromosikan produk secara efektif dengan menggunakan aplikasi Tiktokshop. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan Tiktokshop. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang e-dagang dalam Tiktokshop dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 02 Mei 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, penulisan kerja kursus ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui penulisan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DI SINI

 

 

Tarikh : 17 April 2023
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang kelebihan membuka akaun Gmail seperti dapat memudahkan urusan kerja, penyimpanan dokumen, gambar dan sebagainya. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan fungsi-fungsi menggunakan akaun Gmail dengan betul. 

   
Aktiviti 

Peserta diajar membuka laman web Gmail di Google. Peserta juga dibimbing untuk mengisi maklumat seperti nama, username dan password sebelum membuat pendaftaran. Selepas selesai berdaftar, peserta didedahkan dengan cara penggunaan dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Gmail untuk memudahkan urusan

GAMBAR DI SINI