Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang E-Tuisyen yang diadakan di PEDi Kg Lay Out. Membantu para peserta membuka link pembelajaran yang diberikan oleh guru. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara menaip nama, membuka kamera dan membuka suara di aplikasi Zoom.

   
Aktiviti 

Para peserta diberi pengenalan tentang aplikasi Zoom yang akan digunakan untuk sesi E-Tuisyen. Mereka diajar cara-cara menggunakan aplikasi Zoom seperti menaip nama, membuka kamera dan menaip di ruangan chat. Peserta dibimbing oleh petugas sehingga selesai sesi E-Tuisyen. Di akhir sesi E-Tuisyen, para peserta kelihatan seronok belajar dengan menggunakan teknologi yang canggih dan sekaligus dapat mengisi masa terluang dengan bermanfaat.

 

 GAMBAR DI SINI

 

 

Tarikh : 08 Jun 2023
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan penggunaan komputer sebagai salah satu medium teknologi terkini. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan tetikus dan papan kekunci menerusi pencarian maklumat di dalam Internet. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan menjadi seorang celik IT disamping dapat memudahkan peserta untuk membuat sebarang urusan berkaitan komputer dan Internet.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kepentingan menggunakan Internet pada masa kini. Melalui pengenalan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan tetikus dan papan kekunci. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT untuk kebaikan mereka.

GAMBAR DI SINI

 

 

Tarikh : 06 Jun 2023
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang apakah itu maksud Klik Dengan Bijak (KDB). Menambahkan pengetahuan peserta tentang KDB dan penglibatan KDB dalam memberi kesedaran di dalam sosial media seperti FB, Tiktok dan sebagainya. Selain itu, para peserta dibimbing untuk menjawab soalan kuiz selepas selesai kelas.

   
Aktiviti 

Memberi penerangan yang jelas apakah itu KDB dan memastikan peserta terdedah dengan penglibatan KDB di dalam sosial media dalam memberi kesedaran tentang "scammer" dan sebagainya. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang KDB. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz KDB secara atas talian.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 07 Jun 2023
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih dan membantu peserta mempunyai pengetahuan tentang teknologi komputer dan kegunaanya.

Peserta akan diberikan pendedahan tentang kegunaan komputer, fungsi komputer dengan lebih mendalam dan teknologi terkini komputer.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan berkaitan dengan komponen teknologi komputer dan cara penggunaannya.

Peserta mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang teknologi komputer dan kelebihannya untuk menyelesaikan pelbagai urusan seharian berkaitan dengannya.

Mampu memberikan pendedahan dan melahirkan rasa minat para peserta tentang fungsi sebenar teknologi komputer dan cara penggunaannya yang betul.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 04 Jun 2023
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memperkenalkan kepada peserta tentang kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer pada peringkat awal usia. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mengisi masa lapang dengan mengulangkaji pelajaran menggunakan Youtube pada hujung minggu. Dengan adanya aplikasi ini , ia akan membantu peserta mengulangkaji pelajaran secara seronok dan efektif.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas menggunakan tetikus dan menaip untuk mencari subjek yang hendak diulangkaji di aplikasi Youtube. Melalui cara ini, peserta tampak lebih bersemangat dan seronok belajar melalui Youtube. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang subjek persekolahan dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka.

GAMBAR DI SINI