Tarikh : 10 Ogos 2023
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, penulisan kerja kursus ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui penulisan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 09 Ogos 2023
Masa : 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang "Smart Farming" melalui kelas secara atas talian. Selain itu, peserta juga diterangkan tentang Teknologi dan Inovasi yang digunakan dalam bidang pertanian. Peserta juga diajar untuk mengenal pasti sumber tanah yang subur untuk tujuan penanaman. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan Teknologi dan Inovasi yang digunakan dalam bidang pertanian secara atas talian di aplikasi Zoom. Selain itu, peserta juga diterangkan dengan Kepentingan Menggunakan "Smart Farming" dalam pertanian. Di akhir kelas, peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian.

 GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 07 Ogos 2023
Masa : 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para usahawan tentang Tips Pengurusan Sumber Manusia. Membantu usahawan dalam menambahkan ilmu pengetahuan tentang sumber manusia dengan lebih bijak melalui platform Kelas Usahawan "Pengurusan Kewangan IKS". 

   
Aktiviti 

Usahawan-usahawan diberi pautan "Google Meet" untuk menyertai Kelas Usahawan iaitu Tips Pengurusan Sumber Manusia (Topik 2). Para usahawan juga didedahkan dengan pelbagai topik seperti pengenalan kepada pengurusan sumber manusia, kepentingan menguruskan sumber manusia dan sebagainya. Selepas selesai kelas, para usahawan kelihatan faham dan ingin mempratikkan perkara yang dipelajari oleh mereka di dalam bisnes masing masing.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 08 Ogos 2023
Masa : 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan menyunting resume menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menyunting dan menyiapkan resume dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan resume beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang E-Tuisyen yang diadakan di PEDi Kg Lay Out. Membantu para peserta membuka link pembelajaran yang diberikan oleh guru. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara menaip nama, membuka kamera dan membuka suara di aplikasi Zoom.

   
Aktiviti 

Para peserta diberi pengenalan tentang aplikasi Zoom yang akan digunakan untuk sesi E-Tuisyen. Mereka diajar cara-cara menggunakan aplikasi Zoom seperti menaip nama, membuka kamera dan menaip di ruangan chat. Peserta dibimbing oleh petugas sehingga selesai sesi E-Tuisyen. Di akhir sesi E-Tuisyen, para peserta kelihatan seronok belajar dengan menggunakan teknologi yang canggih dan sekaligus dapat mengisi masa terluang dengan bermanfaat.

GAMBAR DISINI