Tarikh : 27 Jun 2023
Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Kelas Modul Asas Usahawan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan tentang panduan undang-undang bagi IKS. Selain itu, kelas ini juga dapat meningkatkan keyakinan peserta dalam kemahiran keusahawanan. Dengan adanya kelas seperti ini, para peserta dapat menambahkan pengetahuan tentang bagaimana ingin menjadi seorang usahawan yang lebih berjaya. 

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan kepentingan panduan undang-undang bagi IKS melalui aplikasi Zoom. Melalui kelas ini, para peserta mampu untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam berbisnes dengan adanya ilmu yang berguna tentang panduan undang undang

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang E-Tuisyen yang diadakan di PEDi Kg Lay Out. Membantu para peserta membuka link pembelajaran yang diberikan oleh guru. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara menaip nama, membuka kamera dan membuka suara di aplikasi Zoom.

   
Aktiviti 

Para peserta diberi pengenalan tentang aplikasi Zoom yang akan digunakan untuk sesi E-Tuisyen. Mereka diajar cara-cara menggunakan aplikasi Zoom seperti menaip nama, membuka kamera dan menaip di ruangan chat. Peserta dibimbing oleh petugas sehingga selesai sesi E-Tuisyen. Di akhir sesi E-Tuisyen, para peserta kelihatan seronok belajar dengan menggunakan teknologi yang canggih dan sekaligus dapat mengisi masa terluang dengan bermanfaat.

 

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 22 Jun 2023
Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang Interview Skills melalui kelas secara atas talian. Selain itu, peserta juga diterangkan cara berpakaian, komunikasi, filing fail dan sebagainya. Dengan adanya kelas seperti ini, para peserta dapat menambahkan pengetahuan am tentang tips sebelum menghadiri sesi temuduga. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu para peserta bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum ke sesi temuduga.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan Interview Skills melalui aplikasi Zoom. Selain itu, peserta juga dapat ilmu baharu tentang tips dan kemahiran yang perlu ada sebelum menghadiri sebuah temuduga.  Melalui kelas ini, para peserta mampu untuk bersedia dari segi mental dan fizikal akan pertanyaan yang akan ditanyakan oleh pihak penemu duga

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 23 Jun 2023
Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 8 orang

 

Tujuan 

Kelas Modul Asas Usahawan ini bertujuan untuk memantapkan lagi mindset usahawan untuk menjadi lebih berjaya. Selain itu, peserta juga diterangkan dengan kepentingan mindset, bagaimana mindset terbentuk dan sebagainya. Dengan adanya kelas seperti ini, para peserta dapat menambahkan pengetahuan tentang bagaimana ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan mindset yang kuat. 

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan kepentingan mindset, bagaimana mindset terbentuk dan sebagainya melalui aplikasi Zoom. Selain itu, peserta juga dapat ilmu baharu tentang memantapkan mindset supaya terus berjaya dalam bidang berbisnes.  Melalui kelas ini, para peserta mampu untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam berbisnes dengan adanya mindset yang positif dan kuat

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 21 Jun 2023
Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Di dalam kelas secara atas talian ini, para peserta didedahkan dengan Modul Asas Keusahawanan iaitu Business Etiquette and Personal Grooming. Para peserta diberi pendedahan bagaimana etika dalam berbisnes dan penampilan diri ketika menghadiri temuduga kerja dan sebagainya. Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat membantu para peserta dalam menambahkan ilmu pengetahuan dalam bisnes

   
Aktiviti 

Peserta diberikan nota dan pen untuk mencatat nota nota yang penting sepanjang kelas berlangsung. Selain itu, peserta juga bertanya soalan tentang perkara yang kurang difahami kepada panel. Di akhir kelas, peserta nampak gembira dengan ilmu baru yang dipelajarinya

GAMBAR DI SINI