Tarikh : 16 Julai 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang apakah itu maksud Klik Dengan Bijak (KDB). Menambahkan pengetahuan peserta tentang KDB dan penglibatan KDB dalam memberi kesedaran di dalam sosial media seperti FB, Tiktok dan sebagainya. Selain itu, para peserta dibimbing untuk menjawab soalan kuiz selepas selesai kelas.

   
Aktiviti 

Memberi penerangan yang jelas apakah itu KDB dan memastikan peserta terdedah dengan penglibatan KDB di dalam sosial media dalam memberi kesedaran tentang "scammer" dan sebagainya. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang KDB. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz KDB secara atas talian.

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang apakah itu teknologi maklumat secara umumnya. Menambahkan pengetahuan peserta tentang teknologi maklumat dan ICT. Selain itu, peserta dibimbing untuk menjawab soalan kuiz menggunakan aplikasi Quizizz secara atas talian untuk menguji tahap pemahaman peserta.

   
Aktiviti 

Memberi penerangan yang jelas apakah itu teknologi maklumat dan komunikasi dan memastikan peserta faham apakah itu teknologi maklumat. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz ICT dengan menggunakan aplikasi Quizizz. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 12 Julai 2023
Masa : 11.00 Pagi - 12.30 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang "Smart Farming" melalui kelas secara atas talian. Selain itu, peserta juga diterangkan tentang Teknologi dan Inovasi yang digunakan dalam bidang pertanian. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan Teknologi dan Inovasi yang digunakan dalam bidang pertanian secara atas talian di aplikasi Zoom. Selain itu, peserta juga diterangkan dengan Kepentingan Menggunakan "Smart Farming" dalam pertanian. Di akhir kelas, peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 14 Julai 2023
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang platform e-dagang terkini iaitu Tiktokshop dan cara menggunakan keywords yang penting. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian menggunakan Tiktokshop. Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara mempromosikan produk secara efektif dengan menggunakan aplikasi Tiktokshop. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan Tiktokshop. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang e-dagang dalam Tiktokshop dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 10 Julai 2023
Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang pengisian bantuan di atas talian menggunakan Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan Internet sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tetikus. Menerusi kelas ini, peserta dapat mengisi bantuan dengan mudah.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman pengisian bantuan yang terkini di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mendaftar sebelum memulakan pengisian tersebut. Dengan cara ini, ia akan memudahkan urusan peserta untuk mengisi data dengan cepat dan mudah

 

GAMBAR DI SINI