Tarikh : 02 September 2023
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, penulisan kerja kursus ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui penulisan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana sesebuah roket berfungsi dan bagaimana ia terbang dengn stabil serta kepentingan sayap pada roket

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial membuat model roket di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara membuat model roket dan sayap roket dengan menggunakan bahan bahan seperti kertas warna, gunting dan salotep. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana bagaimana sesebuah roket berfungsi dan kepentingan sayap pada roket. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja dan mendapat ilmu yang baharu.

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz Merdeka secara atas talian menggunakan aplikasi Quizizz. Menambahkan pengetahuan peserta tentang sejarah kemerdekaan Malaysia dengan menngunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua kuiz dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk mendaftar dan memasukkan kod sebelum memulakan kuiz. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan aplikasi Quizizz. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

 

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang E-Tuisyen yang diadakan di PEDi Kg Lay Out. Membantu para peserta membuka link pembelajaran yang diberikan oleh guru. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara menaip nama, membuka kamera dan membuka suara di aplikasi Zoom.

   
Aktiviti 

Para peserta diberi pengenalan tentang aplikasi Zoom yang akan digunakan untuk sesi E-Tuisyen. Mereka diajar cara-cara menggunakan aplikasi Zoom seperti menaip nama, membuka kamera dan menaip di ruangan chat. Peserta dibimbing oleh petugas sehingga selesai sesi E-Tuisyen. Di akhir sesi E-Tuisyen, para peserta kelihatan seronok belajar dengan menggunakan teknologi yang canggih dan sekaligus dapat mengisi masa terluang dengan bermanfaat.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 23 Ogos 2023
Masa : 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para usahawan tentang Pengurusan Kewangan Perniagaan yang berkesan. Membantu usahawan dalam menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara menguruskan kewangan perniagaan dengan lebih bijak melalui platform Kelas Usahawan "Pengurusan Kewangan Perniagaan (Topik 3)". 

   
Aktiviti 

Usahawan-usahawan diberi pautan "Google Meet" untuk menyertai Kelas Usahawan iaitu Pengurusan Kewangan Perniagaan (Topik 3) . Para usahawan juga didedahkan dengan pelbagai topik seperti pengertian ekuiti, cara mengkelaskan aset perniagaan dan sebagainya. Selepas selesai kelas, para usahawan kelihatan faham dan ingin mempratikkan perkara yang dipelajari oleh mereka di dalam bisnes masing masing.

GAMBAR DISINI