Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana teknologi cahaya boleh menghasilkan gambar atau video dalam bentuk 3D. 

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan gambar atau video dalam bentuk 3D di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara cahaya yang menghasilkan gambar atau video dalam bentuk 3D dengan menggunakan bahan bahan yang mudah didapati. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana video 3D boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan bahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja apabila melihat teknologi cahaya menghasilkan video haiwan dalam bentuk 3D.

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 19 Julai 2024
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang aplikasi canva dan cara menggunakan aplikasi tersebut. Peserta diajar cara membuat banner produk melalui aplikasi canva untuk menghasilkan gambar yang kreatif dan menarik minat para pelanggan.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara membuat banner dengan templat yang menarik secara mudah dengan menggunakan aplikasi Canva. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan aplikasi Canva. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang aplikasi Canva dan dapat menggunakan ia sebagai satu medium penggunaan edit gambar, membuat banner dan banyak lagi secara mudah.

Tarikh : 17 Julai 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan mereka bentuk kad pekahwinan menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta mencari dan mereka bentuk kad perkahwinan dengan mudah dan cepat.

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta mereka bentuk  dan menyiapkan kad perkahwinan beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan kad perkahwinan dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 18 Julai 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip dan pengetahuan menggunakan Microsoft Excell. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat memudahkan urusan peserta untuk menyiapkan kerja/tugasan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Excell. Melalui pengenalan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 15 Julai 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang search engine. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang cara mencari bahan seperti gambar haiwan di carian Google sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti papan kekunci dan tetikus.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang search engine di Google dan kegunaan search engine tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara menggunakan search engine dan cara mencari bahan seperti gambar haiwan dan cara untuk menyimpan. Dengan cara ini, ia akan memberi pengetahuan kepada para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

 

GAMBAR DISINI