Tarikh : 05 September 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan penggunaan komputer sebagai salah satu medium teknologi terkini. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mengetahui dan mengenali perkakas dan peralatan asas komputer. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan menjadi seorang celik IT disamping dapat memudahkan peserta untuk membuat sebarang urusan berkaitan komputer dan Internet.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kepentingan menggunakan Internet pada masa kini. Melalui pengenalan ini juga, peserta dapat meningkatkan pengetahuan tentang perkakas dan fungsi komputer. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT untuk kebaikan mereka.

 

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang subjek laman web Factmonster secara atas talian. Menambahkan pengetahuan peserta tentang laman web Factmonster yang mempunyai pelbagai soalan pembelajaran, kuiz dan permainan. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua pembelajaran dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk mencari laman web Factmonster di carian Google. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang permainan pembelajaran online iaitu konsep Matematik. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab pembelajaran tersebut.

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 20 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, menaip surat rasmi ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui ini juga, peserta boleh mencari contoh surat di laman web google dan meningkatkan kemahiran menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan dan kerja. Di akhir kelas, peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip.

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 22 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang perbankan atas talian maybank2u. Selain itu, peserta juga dibantu untuk mendaftar secara atas talian perbankan maybank dengan mengisi maklumat kad bank dan sebagainya. Dengan adanya aplikasi maybank2u, peserta lebih mudah untuk mengakses perbankan atas talian walau di mana sahaja 

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk membuka laman web www.maybank2u.com di Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mengisi semua maklumat berkaitan kad bank, maklumat diri dan sebagainyaDi akhir kelas, peserta berjaya mendaftar akaun maybank2u untuk kegunaan harian, bisnes dan sebagainya.

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 19 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang laman web www.spskt1.moe.gov.my. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang cara mencari website di carian Google sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti papan kekunci dan tetikus.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web pengisian tingkatan 1 di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mengisi maklumat secara online dan menyelesaikan pengisian tersebut. Dengan cara ini, ia akan memberi pengetahuan kepada para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

 

GAMBAR DISINI