Tarikh : 05 September 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan penggunaan komputer sebagai salah satu medium teknologi terkini. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mengetahui dan mengenali perkakas dan peralatan asas komputer. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan menjadi seorang celik IT disamping dapat memudahkan peserta untuk membuat sebarang urusan berkaitan komputer dan Internet.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kepentingan menggunakan Internet pada masa kini. Melalui pengenalan ini juga, peserta dapat meningkatkan pengetahuan tentang perkakas dan fungsi komputer. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT untuk kebaikan mereka.

 

GAMBAR DISINI