Tarikh : 04 Julai 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang platform e-dagang terkini iaitu Tiktokshop dan cara menggunakan keywords yang penting. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian menggunakan Tiktokshop. Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara mempromosikan produk secara efektif dengan menggunakan aplikasi Tiktokshop. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan Tiktokshop. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang e-dagang dalam Tiktokshop dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 02 Julai 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka aplikasi permainan di carian Google menggunakan laman web wordwall. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta dalam mengasah softskill dalam menguji minda peserta. 

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka aplikasi permainan di carian Google. Selain itu, peserta juga dipantau untuk bermain permainan menguji minda dan menggunakan laman web tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat mengasah softskill dengan menguji minda dan menguji tahap pemahaman masing masing.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 23 June 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan menyunting resume menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menyunting dan menyiapkan resume dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan resume beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat

 

GAMBAR DISINI

 

 

Tarikh : 24 Jun 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, membuat jadual ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui ini juga, peserta boleh mencari contoh jadual di laman web google dan meningkatkan kemahiran menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan dan kerja. Di akhir kelas, peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 22 Jun 2024
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan menjadi seorang celik IT disamping dapat memudahkan peserta untuk membuat sebarang urusan berkaitan komputer dan Internet.

   
Aktiviti 

Peserta diberi pendedahan awal tentang apakah yang dimaksudkan dengan Stem Iot. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Melalui pengenalan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan tetikus dan papan kekunci. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang Stem Iot untuk kebaikan mereka.

 

GAMBAR DISINI