Tarikh : 04 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang laman web thecolor.com yang dapat digunakan oleh peserta untuk mewarna di atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat dalam teknologi sambil mengasah bakat peserta bermula di usia muda. Petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara penggunaannya

   
Aktiviti 

Peserta boleh menggunakan laman web thecolor.com untuk mewarna secara atas talian secara percuma dan peserta diajar cara cara untuk memilih kategori dan pilihan gambar yang menarik minat peserta untuk diwarnakan sempena hari kemerdekaan. Peserta diajar cara penggunaan thecolor.com secara lebih mendalam. Ini dapat menarik minat peserta untuk belajar dan menjadi lebih kreatif dalam penggunaan teknologi

 

GAMBAR DISINI

 

 

Tarikh : 03 Ogos 2024
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang permainan puzzle atas talian di Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan Internet sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tetikus. Menerusi pertandingan ini, peserta dapat berdaya saing secara sihat dan bersemangat menyiapkan puzzle dalam masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web permainan puzzle di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mendaftar sebelum memulakan permainan tersebut. Dengan cara ini, ia akan menambahkan semangat dan sifat berdaya saing antara para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

 

GAMBAR DISINI

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana hujan pelangi boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang mudah dan senang.

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan hujan pelangi di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara hujan pelangi dihasilkan menggunakan bahan bahan yang mudah didapati seperti minyak, air, pewarna makanan, botol dan straw. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana hujan pelangi boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan bahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja apabila melihat hujan pelangi yang cantik boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang mudah dan senang didapati.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 23 Julai 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi penerangan dan pengenalan tentang pemasaran secara digital terhadap para peserta yang hadir. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan Kelas Usahawan dan platform E-Dagang iaitu Shopee. Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Para peserta diberi taklimat dan pengenalan tentang Usahawan PEDi dan Kelas Usahawan yang dianjurkan di PEDi. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan di Shopee dengan adanya aplikasi tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang Shopee dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

 

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana menghasilkan belon mengembang sendiri tanpa perlu meniup atau menggunakan pam angin. 

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan belon yang mengembang sendiri di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara menghasilkan belon yang mengembang sendiri dengan menggunakan bahan bahan yang mudah didapati seperti cuka, soda bikarbonat, botol dan belon. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana belon mengembang dengan sendiri boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan bahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja apabila melihat belon mengembang sendiri tanpa perlu menggunakan pam angin atau meniup secara manual.

GAMBAR DISINI