Tarikh | : 17 Julai 2024 |
Masa | : 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : NADI Kg Layout |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan mereka bentuk kad pekahwinan menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta mencari dan mereka bentuk kad perkahwinan dengan mudah dan cepat. |
|
Aktiviti | |
Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta mereka bentuk dan menyiapkan kad perkahwinan beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan kad perkahwinan dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat. |