Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana elektrik statik dihasilkan apabila terdapat cas elektrik yang berlainan pada dua permukaan yang berbeza

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan elektrik statik dengan menggunakan belon di Youtube. Seterusnya, para petugas memberi peluang kepada para peserta untuk memahami dan membuat pemerhatian bagaimanaa belon yang telah bertukar cas elektron negatif selepas berlakunya geseran pada kain atau rambut peserta dapat membolehkan  belon itu menarik tisu ke arahnya.  Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja dan mendapat ilmu yang baharu.

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz Matemarik secara atas talian menggunakan laman web Wordwall. Menambahkan pengetahuan peserta tentang pemahaman Matematik dengan menngunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua kuiz dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk mendaftar dan memasukkan kod sebelum memulakan kuiz. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang konsep Matematik. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan laman web Wordwall. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

 
 
 
Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana kelopak bunga yang dilipat boleh terbuka apabila dimasukkan ke dalam air.

   
Aktiviti 

Peserta diberikan sekeping kertas gambar bunga untuk diwarnakan. Seterusnya, para peserta menggunting bunga tersebut mengikut bentuk bunga. Selepas itu, para peserta melipat kelopak bunga secara ke dalam dan masukkan bunga tersebut ke dalam besen yang berisi air. Para peserta membuat pemerhatian dalam masa beberapa minit.  Setelah beberapa minit, kelopak bunga tersebut mengembang dan menjadi bentuk bunga seperti asal dan ianya dipanggil "flower blooming". Hal ini kerana kertas diperbuat daripada gentian kecil (tiny fibers) dan ianya berfungsi untuk menyerap air dan mengembangkan bunga kertas apabila berada di dalam air. 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 02 Januari 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang permainan kuiz atas talian di Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan Internet sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tetikus. Menerusi pembelajaran ini, peserta dapat berdaya saing secara sihat dan bersemangat menyiapkan kuiz dalam masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web permainan kuiz di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mendaftar sebelum memulakan permainan tersebut. Dengan cara ini, ia akan menambahkan semangat dan sifat berdaya saing antara para peserta sekaligus meningkatakn kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 13 Disember 2023
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka aplikasi pembelajaran di carian Google menggunakan "Tablet". Selain itu, peserta juga diberi peluang untuk membuat perbincangan tentang soalan soalan yang terdapat dalam aplikasi pembelajaran tersebut. Dengan adanya kemudahan "Tablet" dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta dalam mengasah softskill dengan berkomunikasi antara satu sama lain.

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka aplikasi pembelajaran Quizizz di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga diberikan masa untuk berbincang antara satu sama lain tentang soalan yang disediakan. Di akhir kelas, peserta dapat mengasah softskill dengan berkomunikasi antara satu sama lain.

GAMBAR DISINI