Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana elektrik statik dihasilkan apabila terdapat cas elektrik yang berlainan pada dua permukaan yang berbeza

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan elektrik statik dengan menggunakan belon di Youtube. Seterusnya, para petugas memberi peluang kepada para peserta untuk memahami dan membuat pemerhatian bagaimanaa belon yang telah bertukar cas elektron negatif selepas berlakunya geseran pada kain atau rambut peserta dapat membolehkan  belon itu menarik tisu ke arahnya.  Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja dan mendapat ilmu yang baharu.

GAMBAR DISINI