Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana sesebuah roket berfungsi dan bagaimana ia terbang dengn stabil serta kepentingan sayap dan "parachute" pada roket

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial membuat model bottle rocket parachute di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara membuat botol roket dan parachute dengan menggunakan bahan bahan seperti kertas warna, gunting dan salotep. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana sesebuah botol roket berfungsi dan kepentingan parachute pada roket. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja dan mendapat ilmu yang baharu.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 19 November 2023
Masa : 9.00 Pagi - 10.00 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang platform pembayaran terkini iaitu Pendaftaran Qr Pay dan cara menggunakan aplikasi tersebut. Peserta diajar cara mendaftar melalui online banking untuk menghasilkan Qr Pay. Hal ini akan memudahkan usahawan untuk membuat pembayaran secara Qr Pay dan sebaliknya.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara membuat pembayaran secara efektif dengan menggunakan aplikasi Qr Pay. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara mendaftar Qr pay melalui online banking masing-masing. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang aplikasi Qr pay dan dapat menggunakan ia sebagai satu medium pembayaran secara mudah.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 16 November 2023
Masa : 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang Interview Skills melalui kelas secara atas talian. Selain itu, peserta juga diterangkan cara berpakaian, komunikasi, filing fail dan sebagainya. Dengan adanya kelas seperti ini, para peserta dapat menambahkan pengetahuan am tentang tips sebelum menghadiri sesi temuduga. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu para peserta bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum ke sesi temuduga.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan Interview Skills melalui aplikasi Zoom. Selain itu, peserta juga dapat ilmu baharu tentang tips dan kemahiran yang perlu ada sebelum menghadiri sebuah temuduga.  Melalui kelas ini, para peserta mampu untuk bersedia dari segi mental dan fizikal akan pertanyaan yang akan ditanyakan oleh pihak penemu duga

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 17 November 2023
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang permainan puzzle atas talian di Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan Internet sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tetikus. Menerusi pertandingan ini, peserta dapat berdaya saing secara sihat dan bersemangat menyiapkan puzzle dalam masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web permainan puzzle di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mendaftar sebelum memulakan permainan tersebut. Dengan cara ini, ia akan menambahkan semangat dan sifat berdaya saing antara para peserta sekaligus meningkatakn kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 14 November 2023
Masa : 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan menyunting resume menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menyunting dan menyiapkan resume dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan resume beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat

GAMBAR DISINI