PELAJAR CELIK IT 

Nama : Nur Samihah Binti Shaari
Umur : 10 tahun
Ahli : 07 Ogos 2023

 

Latar belakang

Adik samihah berumur 10 tahun tinggal berdekatan dengan PEDi Kg Layout. Beliau kurang mendapat pendedahan dalam penggunaan komputer dan tablet sepanjang beliau mengunjungi PEDi Kg Layout

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau hanya ada sedikit asas tentang ICT. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan computer untuk kegunaan harian beliau dan juga untuk pembelajaran beliau.

Selain itu juga, beliau juga mengikuti kelas berbayar iaitu E-Learning dan beliau semakin minat untuk datang dan menggunakan perkhidmatan PEDi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah Adik Samihah datang belajar di PEDi Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran dalam menggunakan internet. Dari segi kemahiran pula, beliau mendapat banyak ilmu pembelajaran secara percuma yang disediakan oleh pihak PEDi. Dengan kemudahan disediakan beliau kini lebih semangat untuk belajar kerana aktiviti pembelajaran secara online yang menarik sepanjang beliau belajar. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke PEDi Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang