PELAJAR CELIK IT 

Nama : Noraini Binti Yusoff
Umur : 32 tahun
Ahli : 12 Oktober 2022

 

Latar belakang

Cik Noraini berumur 32 tahun tinggal berdekatan dengan PEDi Kg Layout. Beliau kurangmendapat pendedahan dalam penggunaan computer dan tidak mempunyai kemudahan tersebut dirumahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau hanya ada sedikit asas tentang ICT. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan computer untuk kegunaan harian beliau dan juga untuk pembelajaran beliau.

Selain itu juga, beliau juga menggunakan perkhidmatan di PEDi dan sering mengemaskini resume beliau menggunakan aplikasi Canva dengan tunjuk ajar oleh pihak PEDi

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah Cik Noraini datang belajar di PEDi Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran dalam menggunakan internet. Dari segi kemahiran pula, beliau mendapat banyak ilmu pembelajaran secara percuma yang disediakan oleh pihak PEDi. Dengan kemudahan disediakan beliau kini lebih semangat untuk belajar kerana aktiviti pembelajaran secara online yang menarik sepanjang beliau belajar. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke PEDi Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang.