PELAJAR CELIK IT 

Nama Shahrul Ikhwan Bin Ahmad Fitri
Umur : 15 tahun
Ahli : 21 Mei 2022

 

Latar belakang

Adik Shahrul Ikhwan merupakan pelajar sekolah menengah yang berumur 15 tahun dan telah mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Layout pada 21 Mei 2022.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum wujudnya PEDi Kg Layout, Shahrul kurang mendapat pendedahan dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Pada permulaannya, Shahrul tidak mahir menggunakan perkakasan komputer dan kurang pengetahuan tentang ICT. Namun, Shahrul mengambil inisiatif untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang dianjurkan secara percuma. Sepanjang kelas-kelas tersebut dijalankan, Shahrul diberi pendedahan dan diajarkan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahirannya dalam menggunakan komputer untuk kegunaan harian dan juga pembelajarannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah Shahrul datang belajar di PEDi Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang positif dan peningkatan dari aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran dalam menggunakan Internet. Dari segi pembelajaran pula, Shahrul mendapat banyak ilmu pengetahuan secara percuma yang disediakan oleh pihak PEDi seperti Kelas Celik IT, Permainan Pendidikan (Kahoot IT), Pertandingan Menaip Pantas, Pengenalan kepada Microsoft Word dan sebagainya. Dengan kemudahan yang disediakan, Shahrul kini lebih bersemangat untuk belajar kerana aktiviti pembelajaran secara atas talian yang menarik dan seronok. Shahrul berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat untuk terus hadir ke PEDi Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahaanan pada masa akan datang.