REMAJA CELIK IT 

Nama : Norsuhada Binti Mohd Sabri
Umur : 19 Tahun
Ahli : Mei 2022

 

Latar belakang

Norsuhada Binti Mohd Sabri berumur 19 tahun merupakan remaja yang mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Lay Out pada 16 Mei 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil pendekatan dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Lay Out dan menyertai kelas-kelas seperti Kelas ICT, Kelas Mengenal Komputer dan sebagainya yang dianjurkan oleh PEDi Kg Lay Out bersama para peserta yang lain.

Beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang setiap perkakasan komputer dan fungsi-fungsi setiap perkakasan tersebut semasa mengikuti kelas-kelas di PEDi.

Beliau juga diajarkan cara untuk memegang tetikus komputer yang betul dan juga perkakasan komputer yang lain. Untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan tetikus dengan betul, petugas menggunakan kaedah clik & drag melalui puzzle online.

Beliau juga diberikan pendedahan tentang pengenalan asas Google dan cara penggunaan Google dalam mendapatkan sesuatu maklumat dan mengisi maklumat secara atas talian. Beliau juga dibimbing dalam suntingan resume dengan menggunakan aplikasi Canva.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas Suhada mengikut kelas-kelas yang dianjurkan, terdapat beberapa peningkatan dari segi aspek penggunaan perkakasan ICT dengan betul.

  • Beliau juga sudah mahir dalam menggunakan tetikus dengan betul dan mahir menaip dalam Microsoft Office Word serta mengetahui fungsi setiap tools dalam Microsoft Office Word.
  • Beliau juga mahir dalam pengunaan Google dalam mencari maklumat dan juga mahir dalam menggunakan aplikasi Canva dalam membuat resume yang menarik setelah beliau selesai mengikuti Kelas Resume menggunakan Canva.

Walaupun Suhada telah menguasai banyak pengetahuan ICT, beliau tetap berkunjung ke PEDi Kg Lay Out bagi mendalami lebih banyak lagi pengetahuan ICT yang lain. Beliau juga aktif dalam menyertai program dan pertandingan yang diadakan di PEDi.