WANITA CELIK IT 

Nama

: Siti Noor Aishah Binti Abdul Aziz

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 30 Mei 2022

 

Latar belakang

Puan Siti yang berumur 36 tahun merupakan Ahli PEDi Kg Layout yang telah mendaftar sebagai ahli pada 30 Mei 2022. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau merupakan suri rumah berumur 36 tahun dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan Microsoft Office Word dengan betul.

Selain itu juga, beliau juga menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi Kg Layout kerana ingin belajar cara memasarkan produk beliau secara atas talian seperti di aplikasi Shopee dengan lebih efisien dan meningkatkan pendapatan bulanan beliau. Produk beliau yang ingin diketengahkan ialah kek dan biskut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah Puan Siti datang belajar di PEDi Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran menaip. Selain itu, beliau juga cekap dalam mengisi borang-borang di atas talian seperti Bantuan I-Fitri, Rumah Mampu Milik, Perbaharui Lesen SSM dan sebagainya. Dari segi bisnes pula, beliau mendapat banyak pesanan daripada pelbagai negeri  untuk tempahan kek dan biskut yang dijual di Shopee hasil dari Kelas Keusahawan di PEDi Kg Layout. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke PEDi Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang