Tarikh : 13 Mac 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka aplikasi permainan di carian Google menggunakan laman web wordwall. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta dalam mengasah softskill dalam menguji minda peserta. 

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka aplikasi permainan di carian Google. Selain itu, peserta juga dipantau untuk bermain permainan menguji minda dan menggunakan laman web tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat mengasah softskill dengan menguji minda dan menguji tahap ingatan masing masing.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 12 Mac 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang laman web coloringpages4u.com yang dapat digunakan oleh peserta untuk mewarna di atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat dalam teknologi sambil mengasah bakat peserta bermula di usia muda.

Petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara penggunaannya

   
Aktiviti 

Peserta boleh menggunakan laman web coloringpages4u.com untuk mewarna secara atas talian secara percuma dan peserta diajar cara cara untuk memilih kategori dan pilihan gambar yang menarik minat peserta untuk diwarnakan. Ini dapat menarik minat peserta untuk belajar dan menjadi lebih kreatif dalam penggunaan teknologi.

 

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz kata nama secara atas talian menggunakan laman web Wordwall. Menambahkan pengetahuan peserta tentang pemahaman kata nama dengan menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua soalan kata nama dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk membuka aplikasi Google sebelum memulakan kuiz kata nama. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara mencari maklumat. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan laman web Wordwall. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 11 Mac 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan menyunting resume menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menyunting dan menyiapkan resume dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan resume beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat

 

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz Bahasa Melayu secara atas talian menggunakan aplikasi Kahoot. Menambahkan pengetahuan peserta tentang pemahaman Bahasa Melayu dengan menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua kuiz dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk mendaftar dan memasukkan kod sebelum memulakan kuiz. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang pemahaman Bahasa Melayu. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan aplikasi Kahoot. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

GAMBAR DISINI