Tarikh | : 12 September 2022 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Kg Layout |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan | |
Memberi pendedahan kepada peserta tentang permainan puzzle atas talian di Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan Internet sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tetikus. Menerusi pertandingan ini, peserta dapat berdaya saing secara sihat dan bersemangat menyiapkan puzzle dalam masa yang diberikan |
|
Aktiviti | |
Peserta diberi penerangan tentang laman web permainan puzzle di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mendaftar sebelum memulakan permainan tersebut. Dengan cara ini, ia akan menambahkan semangat dan sifat berdaya saing antara para peserta sekaligus meningkatakn kemahiran dalam menggunakan perisian komputer. |
Tarikh | : 10 September 2022 |
Masa | : 09.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : PEDi Kg Layout |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Membantu peserta untuk membuka laman web https://online.mohe.gov.my/ untuk tujuan mengemaskini maklumat selepas mendapat keputusan STPM 2022. Selain itu, peserta juga didedahkan denga fungsi dan cara mengemaskini maklumat menggunakan laman web tersebut . Dengan adanya kemudahan dan teknologi yang sedia ada di PEDi, peserta boleh mengakses dan mengemaskini maklumat dengan mudah dan cepat |
|
Aktiviti | |
Peserta dibantu untuk membuka mana web https://online.mohe.gov.my/ untuk mengemaskini maklumat selepas mendapat keputusan sebenar STPM 2022. Selain itu, peserta juga dipantau untuk mengemaskini maklumat diri, ibu-bapa/penjaga dan sebagainya sebelum mengisi kos serta universiti yang diminati . Di akhir kelas, peserta dapat mengemaskini maklumat UPU dengan mudah dan cepat dengan kelajuan Internet yang tinggi |
Tarikh | : 05 September 2022 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Kg Layout |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Memberi pendedahan kepada para peserta tentang kelebihan membuka akaun Gmail seperti dapat memudahkan urusan kerja, penyimpanan dokumen, gambar dan sebagainya. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan fungsi-fungsi menggunakan akaun Gmail dengan betul. |
|
Aktiviti | |
Peserta diajar membuka laman web Gmail di Google. Peserta juga dibimbing untuk mengisi maklumat seperti nama, username dan password sebelum membuat pendaftaran. Selepas selesai berdaftar, peserta didedahkan dengan cara penggunaan dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Gmail untuk memudahkan urusan |
Tarikh | : 07 September 2022 |
Masa | : 03.00 Petang - 05.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Kg Layout |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan | |
Memberi pengenalan kepada peserta tentang apakah itu teknologi maklumat secara umumnya. Menambahkan pengetahuan peserta tentang teknologi maklumat dan ICT. Membantu peserta lebih mengenali apakah teknologi yang terdapat sekarang secara lebih meluas. Program ini dapat meluaskan pengetahuan peserta di dalam teknologi. |
|
Aktiviti | |
Memberi penerangan yang jelas apakah itu teknologi maklumat dan komunikasi dan memastikan peserta faham apakah itu teknologi maklumat Menggalakkan peserta untuk berfikir dengan bertanyakan soalan ketika sesi latihan Peserta diberi pendedahan tentang ICT peserta mendapat pengetahuan tambahan dengan bertanyakan soalan |
Tarikh | : 03 September 2022 |
Masa | : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : PEDi Kg Layout |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Memberi pendedahan kepada peserta tentang mengisi i-Bantuan di Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk mendaftar dengan memasukkan ic dan kata laluan sebelum mengisi maklumat diri dan sebagainya . Dengan adanya teknologi sekarang, peserta lebih mudah mengakses Internet untuk mengisi sebarang bantuan secara atas talian |
|
Aktiviti | |
Peserta diberi penerangan tentang laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar mendaftar untuk mengakses masuk ke laman sesawang tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi semua maklumat dan berjaya menghantar permohonan tersebut |