Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana menghasilkan bentuk 3D yang paling stabil dengan menggunakan pencungkil gigi dan tanah liat.

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan bentuk 3D yang paling stabil dengan menggunakan pencungkil gigi dan tanah liat di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara menghasilkan bentuk 3D tersebut dengan menggunakan pencungkil gigi dan tanah liat. Menerusi aktiviti ini, kami dapat melihat kesungguhan dan kreativiti para peserta untuk menghasilkan bentuk 3D paling stabil. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja dan mendapat ilmu yang baharu.

GAMBAR DISINI