Tarikh : 02 April 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang pengisian bantuan I Fitri yang dibuka khas untuk rakyat Terengganu. Bantuan ini merupakan inisiatif daripada kerajaan negeri untuk membantu rakyat Terengganu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan Internet sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tetikus. Menerusi kelas ini, peserta dapat mengisi bantuan dengan mudah dan cepat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman pengisian bantuan I-Fitri dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mendaftar sebelum memulakan pengisian tersebut. Dengan cara ini, ia akan memudahkan urusan peserta untuk mengisi data dengan cepat dan mudah

GAMBAR DI SINI