Tarikh : 09 Mac 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai teknik mengedit seperti mengedit poster untuk tujuan pemasaran dan sebagainya. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menambahkan ilmu dalam bidang menyunting dengan mudah dan cepat.

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan poster beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan poster yang diedit dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat sekaligus dapat menambahkan ilmu baharu.

GAMBAR DI SINI