Tarikh : 02 Februari 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memperkenalkan kepada peserta tentang kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer pada peringkat awal usia. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mengisi masa lapang dengan mengulangkaji pelajaran menggunakan Youtube pada hujung minggu. Dengan adanya aplikasi ini , ia akan membantu peserta mengulangkaji pelajaran secara seronok dan efektif.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas menggunakan tetikus dan menaip untuk mencari subjek yang hendak diulangkaji di aplikasi Youtube. Melalui cara ini, peserta tampak lebih bersemangat dan seronok belajar melalui Youtube. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang subjek persekolahan dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka.

GAMBAR DI SINI