Tarikh | : 21 Mei 2022 |
Masa | : 03.00 petang - 05.00 petang |
Lokasi | : PEDi Kg Layout |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan | |
Memberi pendedahan kepada para peserta tentang pentingnya asas penjagaan kulit seawal remaja. Selain itu, para peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang tips penjagaan kulit, langkah-langkah penjagaan kulit dengan menggunakan produk yang betul dan mitos-mitos yang sering dikatakan tentang penjagaan kulit. Dengan adanya pendedahan seperti ini, peserta-peserta mendapat pemahaman yang mendalam tentang penjagaan kulit seawal remaja. |
|
Aktiviti | |
Peserta dibantu untuk membuka aplikasi Youtube dan mencari video-video yang berkaitan dengan asas penjagaan kulit dari sumber yang sahih. Para peserta diberikan masa selama beberapa minit untuk memahami video-video tersebut. Di akhir kelas, para peserta menjawab kuiz tentang video yang telah mereka fahami tersebut. |